Herba Penawar Al-Wahida

CD Profil HPA

Dapatkan CD Profil HPA DI CAWANGAN, HPA HALAL MART, KIOSK, AGEN STOK HPA, PENGEDAR HPA yang sah dengan Harga RM10 dan 2 nilai mata

Konsep Halal Haram Perlu Di Fahami



Oleh Ainal Marhaton Abd Ghani

PERKATAAN ‘halal’ membawa erti cara hidup orang Islam yang menitikberatkan toyibban iaitu kesucian, amalan kebersihan dan kehidupan yang sihat serta ‘halalan’.
PERKATAAN ‘halal’ membawa erti cara hidup orang Islam yang menitikberatkan toyibban iaitu kesucian, amalan kebersihan dan kehidupan yang sihat serta ‘halalan’.

Islam dengan jelas memerintahkan umatnya mengambil sesuatu yang halal dan meninggalkan yang haram berdasarkan firman Allah dan sabda Rasulullah s.a.w seperti dalam Surah Al-Baqarah Ayat 172 yang bermaksud: “Wahai orang beriman, makanlah makanan halal yang Kami kurniakan kepada kamu”.

Pasaran produk halal bukan saja terhad kepada negara Islam dan penduduk Muslim malah penerimaan terhadap barangan dan perkhidmatan halal kini semakin meluas di kalangan masyarakat bukan Islam.

Ini berikutan peningkatan kesedaran terhadap produk halal yang sinonim dengan produk yang selamat, berkhasiat, bersih dan suci.

Justeru, peluang yang meluas untuk pasaran produk halal seharusnya direbut usahawan, terutama di kalangan usahawan Muslim dengan permintaan produk halal yang tinggi di seluruh dunia. Pengarah Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan Pahang, Abu Samah Shabudin, berkata perkara yang menyedihkan apabila ramai pengeluar makanan halal datang dari negara bukan Islam.

“Pengeluar utama daging dunia adalah dari Brazil, Amerika Syarikat, Argentina, Australia, Kanada, China, India dan New Zealand.

“Jika di tinjau di Asia Tenggara pula, Thailand sudah membina nama sebagai pengeluar makanan halal,” katanya.

Menurutnya, usahawan bukan Islam di negara ini lebih menguasai pengeluaran makanan halal, berbanding usahawan Muslim.

“Bagaimanapun, kita bersyukur kerana masih ada usahawan Muslim yang berusaha untuk berebut peluang menguasai pengeluaran makanan halal.

“Sebagai contoh, syarikat milik penuh Bumiputera dari Kedah, Herba Penawar Al-Wahida (HPA) yang terkenal dengan pelbagai produk harian yang halal.

“Meskipun kita ‘malas’ memikirkan mengenai isu ini, apa yang membimbangkan ialah kesan kepada diri dan kerukunan bangsa kita pada masa akan datang.

“Iman adalah teras pembentukan jiwa dan peribadi Muslim selain pemakanan halal mampu melahirkan Muslim yang sempurna,” katanya.

Pengarah Jati Mahkota HPA cawangan Kuantan, Jaafar Abd Ghani, berkata masyarakat bukan Islam di Malaysia perlu dijelaskan dengan lebih mendalam mengenai konsep halal dan haram makanan mengikut perspektif Islam yang sebenarnya.

“Kita perlu mengubah tanggapan mereka makanan yang halal bukan makanan daripada khinzir saja, tetapi meliputi pelbagai konsep lain yang perlu dijelaskan dengan lebih mendalam.

“Antara konsep yang perlu diambil perhatian adalah punca makanan itu sendiri seperti daging yang digunakan.

“Kebanyakan masyarakat bukan Islam menganggap hanya khinzir makanan yang diharamkan dalam Islam, tetapi mereka perlu dijelaskan mengenai haiwan lain yang haram dimakan seperti haiwan bertaring, haiwan yang hidup dua alam dan binatang yang jijik seperti cicak,” katanya.

Katanya, kaedah penyembelihan haiwan juga perlu dijelaskan kepada masyarakat bukan Islam yang kebanyakannya tidak tahu konsep penyembelihan haiwan dalam Islam.

“Peniaga makanan bukan Islam juga perlu memastikan haiwan yang mereka beli di pasaran perlu disembelih oleh syarikat yang mendapat pengiktirafan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sebelum dipasarkan, ” katanya.

Menurutnya, cara pengurusan makanan serta pemprosesannya perlu terhindar daripada sebarang najis atau bercampur dengan bahan haram di sisi Islam.

Katanya, campuran bahan makanan juga wajar diberi perhatian sama ada ia bebas dari campuran alkohol atau minyak lemak babi.

“Ada restoran yang mempamerkan lambang halal, tetapi bahan makanannya dicampur dengan alkohol atau barang terlarang di sisi Islam.

“Ia berlaku di kebanyakan restoran serta hotel yang menggunakan khidmat tukang masak luar negara,” katanya.

Category:   Leave a Comment
Mee Bandung



Menu baru yang hanya ada di RFC Ayer Keroh Melaka – MYDIN MITC menyediakan produk special MEE Bandung..Mau Cuba jom beramai-ramai ker RFC.

HPA AUTO SERVICE

Alhamdulillah, baru-baru ini HPA telah pun mewujudkan satu lagi cabang perniagaan yang baru iaitu pembukaan sebuah bengkel kereta yang dinamakan HPA Auto Services. Bengkel ini bertujuan memberi kemudahan kepada ahli-ahli HPA untuk membaiki kereta mereka di sini. Perkhidmatan yang diberikan adalah amat berpatutan.


HPA Auto Services ini membuka peluang kepada anak-anak ahli HPA untuk bekerja atau membuat praktikal mereka selepas tamat pengajian di dalam bidang kemahiran automotif. Tidak mustahil juga suatu hari nanti HPA Auto Services ini menjadi One Stop Center dalam dalam melahirkan pelajar yang berkemahiran dalam membaiki kereta.


Laguna Merbok, Sungai Petani Kedah









HPA Auto Service di Perlis kini telah mula beroperasi di alamat No 27, Jalan Pertiwi, Taman Pertiwi, Seriab, 01000 Kangar Perlis.
Mekanik 1: En.Kamal 017 592 5509
Mekanik 2 : Hasib 019 548 9073



STRATEGI PINTAR

Oleh Zainuddin Zain

zainuddin@hmetro.com.my
2010/05/03

HPA Industries Sdn Bhd (HPA), syarikat jualan langsung milik penuh Bumiputera yang terkenal dengan produk jenama Radix, menyasar mewujudkan lebih 300 cawangan jualan di seluruh negara menjelang 2015.Pada masa ini, HPA mempunyai 155 cawangan di seluruh negara dengan yang terbaru di The Mines Kuala Lumpur; Bukit Tinggi, Klang di Selangor dan Jalan Langgar, Alor Star, Kedah yang dibuka minggu lalu.

Pengarah Urusan HPA, Ismail Ahmad, berkata syarikat itu kini menjalin kerjasama pintar dengan lebih 650,000 ahlinya bagi merealisasikan lebih 300 cawangan di seluruh negara sebelum 2015.

Menurutnya, semua cawangan terbaru yang dibuka HPA sejak tiga bulan lalu berkonsepkan pasar mini halal atau Halal Mart berbanding kaunter jualan sejak HPA ditubuhkan pada 1997.

“HPA juga membuka peluang kepada semua ahli untuk berkongsi dalam perniagaan peruncitan HPA Halal Mart dengan jumlah pembiayaan RM50,000 bagi satu premis.

“Kita yakin ahli HPA akan mengambil peluang ini seterusnya mencapai sasaran lebih 300 cawangan syarikat di seluruh negara menjelang 2015 atau lebih awal dan orang ramai yang berminat boleh menghubungi Salleh (017-5248946) atau Adnan Fadzil (013-4895717),” katanya.

Mengenai sasaran jualan RM20 juta sebulan diumumkan HPA bagi Insentif Tahun 2010, Ismail berkata, ia dijangka dapat dicapai dalam tempoh terdekat sama ada Mei atau Jun ini.

“Jualan lebih 200 produk HPA kini cukup menggalakkan dengan produk utama seperti Kopi Radix, Radix Koko, sabun pembasuh Freesia dan penapis air Dew begitu menggalakkan hingga kadar pengeluaran terpaksa ditingkatkan,” katanya.

Menurutnya, kekuatan HPA ialah mempunyai panel syariah sendiri selain memperjuangkan produk halal dan suci (halalan toyyiban).

“HPA juga bergerak cergas dengan program ilmu untuk mengajar ahli supaya beralih kepada herba dan bahan harian bebas kimia iaitu organik sebagai persediaan mengelak malapetaka kesihatan,” katanya.

Beliau juga mengumumkan yang HPA membeli sebuah bangunan di Seksyen 13 Shah Alam setinggi 12 tingkat pada harga RM54 juta untuk dijadikan HPA International Center (HIC).

Aren Syrup

Pokok kabung, sejenis pokok palma berasal dari Indonesia yang dikenali juga sebagai pokok Enau atau nama botaninya ‘Arenga Pinnata‘, mungkin agak pelik berbanding dengan pokok daripada spesies palma yang lain.

Pokok daripada keluarga Arecaceae ini pelik kerana semakin ia meninggi dan matang, tandan bunga dan buahnya pula tumbuh kian merendah di bahagian bawah batangnya hingga hampir mencecah tanah.

Malah dikatakan bahawa apabila tandan yang tumbuh di batang itu sudah hampir ke tanah itu menandakan bahawa pokok kabung berkenaan sudah tua dan akan mati.

Ini berbeza dengan pokok daripada spesies palma yang lain seperti pokok kelapa dan rumbia kerana tandan bunga dan buahnya akan tumbuh meninggi mengikut kematangan dan ketinggian pokok berkenaan.

Pokok kabung, yang mengeluarkan nira yang boleh diminum begitu saja atau di proses menjadi gula merah dikatakan hanya akan mengeluarkan nira daripada tandan yang terbaik.

Tidak semua tandan pokok kabung mengeluarkan nira kerana hanya tandan bunga jantan sahaja yang boleh mengeluarkan niranya.

Tandan bunga betina pula tidak akan mengeluarkan nira seperti tandan bunga jantan.

Kerja mengeluarkan nira yang digunakan pemungut nira di Ladang Sungai Balung, iaitu dengan mengetuk batang tandan bunga jantan itu secara berhati-hati.

Sebelum batang tandan bunga jantan dicantas, batang tandan berkenaan perlu dibersihkan daripada sebarang sisa kelopaknya. Selepas itu,batang tandan akan diketuk-ketuk ke arah atas dua kali dan arah ke bawah dua kali.Tujuan mengetuk berkenaan ialah bagi melonggarkan rongga-rongga saluran aliran air nira dalam batang tandan berkenaan. Ketukan pula dibuat secara berhati-hati supaya tidak mencederakan batang tandan berkenaan. Jika ketukan terlalu kuat dan batang tandan tercedera, nira tidak akan keluar.

Nira biasanya dikutip dua kali sehari dan ada antara pokok kabung berkenaan boleh mengeluarkan sehingga 10 liter nira sehari.

Nira yang siap dikutip kemudian dihantar ke kilang pemprosesan yang terletak dalam ladang berkenaan untuk diproses menjadi sirap nira kabung (Aren Syrup). Sirap nira kabung atau gula kabung suatu hari nanti akan menjadi satu daripada sumber gula utama di negara ini.Gula kabung boleh menggantikan gula biasa dan lebih penting daripada itu ia tidak mengandungi glukosa dan baik untuk kesihatan khususnya bagi pengidap kencing manis.

Sirap nira kabung boleh dijadikan bahan masakan dalam kuih-muih tradisional, makanan dan minuman. Antara makanan yang popular dengan campuran gula atau nira kabung ialah bubur kacang, kuih koci, kuih kelepong, dodol, wajik, agar-agar, kuih sepang, air batu campur dan cendol.

Sirap nira kabung juga boleh digunakan sebagai pemanis dalam pembuatan kek serta pastri, makanan bijirin dan jus buah-buahan.

Harga Pengguna:
Semenanjung Malaysia : RM 26
Sabah & Sarawak : RM 28

Harga Pengedar HPA:
Semenanjung Malaysia : RM 24
Sabah & Sarawak : RM 26

Nilai Mata (NM) : 4

HPA HALAL MART

HPA HALAL MART THE MINES
(Beroperasi mulai 22 April 2010)
Alamat : L1-23 Jalan Dulang, M
ines Resort City 43300 Seri Kembangan, Selangor
[Sebelah Maybank dan berdekatan RHB Bank,didalam the mines]
Hubungi : Salmee (019-6528707)




HPA HALAL MART BUKIT TINGGI,KLANG
(Beroperasi mulai 21 April 2010)

Alamat : No 89,89-1 Jalan Mahogani 5, Bandar Botanik 41200 Klang Selangor
[Berhadapan Jusco Bukit Tinggi, Klang]
Hubungi : Zulkarnain (019-3453571)





HALAL MART ALAMESRA SABAH
(Hadapan 1Borneo)


LOT NO 113.BLOK M, TINGKAT BAWAH,
PLAZA PERMAI, JALAN SULAIMAN.
88400,KOTA KINABALU, SABAH.
No.Tel: +6014-8698408 (en.Yassin) & +6013-4885717 (en Izham AGM Zon Borneo)



HALAL MART
KOTA FESYEN MELAKA
Kota fesyen terletak berse
belahan dengan Mydin Mall Melaka,Ayer Keroh.

Ahli-ahli HPA yang mengunjungi RFC di Mydin Mall boleh berjalan sedikit(kurang lebih 5 minit) untuk mengunjungi pusat penjualan ini.

HPA Halal Mart

Kini HPA maju setapak lagi dengan membuka beberapa Kedai HALAL MART di beberapa tempat dalam meralisasikan HPA MALL.. Penbukaan HPA HALAL MART merupakan salah satu kaedah yang di gunakan oleh pegurusan HPA dalam memperkenalkan lagi Produk Halal kepada masyarakat dan secara tidak lansung memudahkan ahli untuk mendapatkan produk keluaran HPA.Berikut beberapa Buah HPA HALAL MART yang telah beroperasi:

1. HPA Halal Mart Mergong
No 255 Ground Floor, Kompleks Perniagaan Utama, Mergong Jaya 06250 Alor Setar. Tel : 04-7352251.

2. HPA Halal Mart Alamesra Sabah
(Hadapan 1Borneo)
LOT NO 113.BLOK M, TINGKAT BAWAH,
PLAZA PERMAI, JALAN SULAIMAN.
88400,KOTA KINABALU, SABAH.
No.Tel: +6014-8698408 (en.Yassin) & +6013-4885717 (en Izham AGM Zon Borneo)

3. HPA Halal Mart Jejawi
No 26 Jalan Jejawi Sematang, Taman utara Jejawi 02600 Arau Perlis. Tel : 04-9770992.

4. HPA Halal Mart Langgar
N0. 7 Taman Amira Batu 5 Jalan langgar 05460 Alor Setar Kedah Darul Aman.

5. HPA Halal Mart Bukit Tinggi, Klang
Alamat : No 89,89-1 Jalan Mahogani 5, Bandar Botanik 41200 Klang Selangor
Hubungi : Zulkarnain (019-3453571)

6. HPA Halal Mart Kulim
No 6, Jalan KLC satu (1), Kulim Landmark Central 09000 Kulim Kedah.

7. HPA Halal Mart Tunjang
No 1, Taman Sri Nyior 06000 Jalan Jitra, Kodiang Kedah.

8. HPA Halal Mart Lagenda Heights
Radix Bakery House
No.36 Jalan Legenda 2, Lagenda Height,
08000 Sungai Petani, Kedah
04-4254055

9. HPA Halal Mart The Mines
(Beroperasi mulai 22 April 2010)
Alamat : L1-23 Jalan Dulang, Mines Resort City 43300 Seri Kembangan, Selangor
[Sebelah Maybank dan berdekatan RHB Bank]
Hubungi : Salmee (019-6528708)

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN DI KUMPULAN TM


Peluang Baik kepada mereka yang baru habis blajar dan bagi mereka yang masih duk tanan anggur yang tidak mendatang kan hasil di jemput untuk mengisi beberapa kekosongan jawatan kosong di Telekom Malaysia (TM)...JAwatan Yang di tawarkan seperti katbawah ni..okkkk

Technical Assistant (HSBB)
Manager, Project Implementation Sarawak
Senior Manager, Project Management
Senior Manager, Quality Assurance
Operations Manager Back Office Technical
Assistant Manager, Quality Standard & Industry Certification
Assistant Manager, Applications Engineer
Product Specialist Executive
Assistant General Manager, Network System Integration
Assistant General Manager, Manager WAN Accelerator Services
Assistant General Manager Account Management Foreign Based, FSI
Manager Enterprise Pahang
Assistant Manager Server Hosting And Network Security, Cyber Region 1
Assistant Manager Network Traffic & Design I
Assistant Manager LAN & Infra, Cyber Region 1
Assistant Manager , JHB-Server Hosting II

Semua permohonan hendaklah dibuat melalui TM Online Recruitment, laman web pengambilan anggota TM di http://www.tmcareer.com.my Sebarang permohonan secara selain daripada yang tersebut tidak akan dipertimbangkan.

Bagi permohonan anggota Kumpulan TM, calon hendaklah menyemak dengan Ketua masing-masing untuk urusan sokongan atau sebaliknya. Sistem on-line akan hanya mengambil kira permohonan yang disokong melalui sistem tmcareer sahaja untuk tujuan senarai pendek.

Category:   2 Comments
KOPI RADIX PALSU

HUHU tak sudah2 nak buat cetak rompak Kopi radix niiii.yang terbaru bleh tengok gambar kat bawah ni..

kopi radix haram

untuk membasmi perkara begini dari terus berleluasa..Dapatkan KOpi Radix yang asli di cawangan dan stokis HPA yang berdekatan anda...Bagi yang belum Jadi ahli ayuh cepat daftar sebagai ahli HPA berbaloi-baloi heheh.dengan dapatkan KIT NIAGA bernilai RM30 di Ruangan Penaja letak kan > 531799.MY01 , MOHD FIRDAUS BIN ABDULLAH....

Fast2ureload- Topup Kredit Serendah RM3.00 serendah RM3

Related Posts with Thumbnails