Herba Penawar Al-Wahida
Archives
Borang permohonan boleh didapati dengan Percuma di Jabatan Penilaian Dan Pengurusan Harta Majlis Bandaraya Kuala Terengganu tingkat 4 (kaunter 3 &4) mulai 16 Mac 2010 (Selasa) dan borang yang lengkap di isi hendaklah dikembalikan pada atau sebelum 31 Mac 2010 ( Rabu) Jam 4.30 petang. Permohonan yang tidak lengkap atau lewat diterima selepas tarikh tutup tidak akan diterima dan dipertimbangkan bagi panggilan Temuduga dan lain-lain yang berkaitan.
Sebarang pertanyaan atau memerlukan maklumat lanjut, sila hubungi melalui telefon no.09-6203406.
Firdaus
Temuduga Terbuka di pelawa bagi mereka yang berminat untuk mengisi kekosongan jawatan yang kini sedang berlansung pada 23 Mac 2010(Selasa) sehingga 26 Mac 2010
(Jumaat) bertempat Dewan Sultan Mizan, di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) .untuk maklumat lebih lanjut boleh layari di laman web http://www.umt.edu.my/ atau klik je di sini .
** pergi dulu dapat atau tak itu ketentuan ilahi.Sebelum pergi tu berdoa la dulu mintak Emak dan Ayah Doa kan sekali bagi mereka yang masih ada mak ngan Ayoh.huhuhu semoga anda antara mereka yang dapat pekerjaan itu....Yang Penting kita Berusaha.dan tidak jemu untuk mencuba ke arah Kebaikan....
Seorang herbalis terlebih dahulu perlu tahu tentang karakter pesakit semasa mencadangkan ubat yang diambil supaya proses penyembuhan dan konsultasi berlaku dengan baik. Langkah ini penting kerana dari segi psikologinya,setiap manusia akan memberikan respon yang baik jika dia merasa selesa dengan perawatnya.
SEBAB-SEBAB HERBA TIDAK BERKESAN MASALAH “MIND SET”
Percaya atau tidak kita sudah diprogramkan untuk mempercayai keajaiban ubatan kimia yang memberikan kesembuhan yang cepat. Ubatan herba tidak lagi mendapat tempat setelah kehebatan ubatan kimia yang sinonim dengan panggilan ubatan moden dan herba dikenali sebagai ubatan tradisional telah membantu melonjakkan lagi kepercayaan terhadap ubatan ini. Jadi masih ramai diantara kita yang mempunyai perasaan ragu-ragu dan seolah-oleh terpaksa apabila disyorkan ubatan ini. Maka secara automatik ubat herba yang diambil tidak berkesan apabila otak kita telah setkan bahawa ubat herba ini tidak dapat mengubati penyakit kita.
TEKANAN ATAU STRESS
Tahukah anda jika anda stress atau tertekan, anda telah memusnahkan vitamin C yang ada dalam badan anda,kerana itulah orang yang stress akan kelihatan cepat tua. Bukan itu sahaja herba tidak dapat bertindak balas dengan baik kerana wujudnya tekanan-tekanan dalam diri. Kelenjar Adrinalin dalam tubuh akan mengeluarkan hormon kortisol yang akan meningkatkan tekanan darah dan kadar gula dalam darah dan menurunkan tindak balas imuniti(pertahanan)badan. Akibatnya berlaku malabsorption (tiada penyerapan) terhadap nutrien yang masuk ke dalam tubuh. Jadi sebarang herba yang masuk tidak dapat bertindak balas untuk memberikan manafaat kepada kita.
PENGAMBILAN AIR YANG TIDAK MENCUKUPIHerba gagal berfungsi tanpa air yang mencukupi dalam badan. Air seperti pelincir kepada badan kita. Ramai juga beranggapan pengambilan air mereka mencukupi kerana telah meminum air kopi radix,air kordial Rossele atau apa-apa air yang lain dalam kuantiti yang banyak sepanjang hari,sedangkan tubuh kita lebih banyak memerlukan air putih untuk membantu pergerakan nutrien dalam badan,pengawalan suhu badan,pencernaan dan semua aktiviti badan.
Kenyataan ini bukan bermakna anda perlu mengurangkan pengambilan air kegemaran anda, tetapi anda perlu tahu bahawa air berwarna atau bercampur bahan lain seperti kopi atau apa saja akan diproses seperti makanan pepejal yang kita ambil contohnya nasi, mee, roti dan sebagainya. Pengambil herba perlu mengambil sekurang-kurangnya 2 liter untuk perempuan dan 2.5 liter untuk lelaki dalam sehari. Bagi pengambilan herba diuretic(mengaktifkan buah pinggang untuk pengeluaran air kencing) keperluan air putih sangat perlu dititik beratkan. Keperluan ini semakin penting dengan berlaku peningkatan suhu dunia yang semakin panas.
PENGAMBILAN YANG TIDAK BERTERUSAN
Seperti yang anda semua sedia maklum,herba bertindak balas agak lambat berbanding ubatan kimia. Proses pemulihan juga berlaku dengan lambat dan berperingkat. Kerana setiap penyakitan yang berlaku dalam badan kita juga terbentuk daripada satu proses yang lama contohnya sakit asthma,penyakit ini bermula dengan peradangan paru-paru hingga menghasilkan mucus yang banyak,pengecutan brokiol akhirnya mengganggu pernafasan hingga mencetuskan penyakit ini. Ia terbentuk dalam satu tempoh masa yang lama,jadi secara logiknya sistem penyembuhan juga mengambil masa yang lama. Inilah keistimewaan herba yang akan memulihkan hingga kepada punca penyakit bukan kepada simptomnya. Jadi, kesabaran dan istiqamah adalah sangat perlu bagi pengambil herba.
PENGIKATAN DAN PEMBUANGAN
Ini merujuk kepada kaedah pengambilan herba yang salah ataupun pengambilan herba bersama ubat-ubatan lain boleh membentuk ikatan kimia yang tidak dapat diuraikan dan terus disingkirkan oleh tubuh. Perlu diingat bahawa herba mempunyai dinding solulose yang menyimpan khasiat herba,jadi untuk menguraikannya perlu melalui proses sinergi,rebusan dan lain-lain. Di dalam Perubatan Jawi kita memberikan teknik-teknik untuk untuk menggunakan herba dengan lebih berkesan,kerana itulah sangat penting bagi pengamal herba untuk mengetahui cara pengunaan herba yang betul. Contohnya, pengambilan shark cartilage tidak boleh diambil dengan herba yang lain kerana herba ini bersifat fat bonding dan akan menyingkirkan racun yang masuk ke badan termasuk herba yang masuk bersama.
DOS YANG TIDAK MENCUKUPIDos yang mencukupi akan memberikan isyarat kepada badan seperti peningkatan suhu badan dan sengal-sengal tubuh. Ini menunjukkan tindakbalas herba yang mencukupi dengan keperluan tubuh. Jika dos yang diambil tidak mencukupi,ia tidak
akan memberi kesan kepada tubuh. Ukuran dos untuk pengambilan herba adalah berdasarkan berat badan 10kg bersamaan 1 gram herba (mengikut herba yang diambil).
MEROKOKMerokok adalah penghalang kepada keberkesanan herba di dalam badan anda. Herba tidak dapat memulihkan diri pesakit andai racun terus ‘dimasukkan’ke dalam badan. Bayangkan asap rokok sahaja mengandungi lebih 4000 jenis bahan kimia yang sangat merbahaya baik kepada perokok,mahupun penghidu(perokok pasif).
Sumber: Herbalis-Jawi.blogspot.com
Terma dan Syarat – ‘Sahutan Ke Tanah Suci’
-
Kempen ini bermula dari 1 Februari hingga 30 September 2010.
-
Kempen ini terbuka kepada semua Ahli Kad MasterCard Bank Islam yang baru dan sedia ada (Ahli Kad Utama dan Ahli Kad Tambahan) yang bermastautin di Malaysia, kecuali pekerja Bank Islam, agensi pengiklanan, ahli keluarga terdekat atau organisasi/individu yang mempunyai kaitan dengan kempen ini.
-
Akaun Kad Bank Islam mestilah berada dalam keadaan terkini dan semasa untuk layak mengambil bahagian dan memenangi hadiah yang ditawarkan.
-
Hanya transaksi berjumlah RM50.00 (pembelian runcit) dan ke atas yang layak untuk diambil kira.
-
Semua transaksi akan dipantau oleh sistem secara automatik. Penyertaan melalui borang, SMS, tandatangan kreatif/slogan dan sebagainya tidak diperlukan.
-
Pemenang Hadiah Utama iaitu Pakej Haji, akan ditentukan berdasarkan kod transaksi tertinggi di dalam log transaksi harian yang disediakan oleh MasterCard Worldwide untuk sepanjang tempoh kempen (8 bulan) dan nama-nama pemenang akan diumumkan pada bulan Oktober 2010. Sekiranya keputusan seri, pemenang akan ditentukan melalui perbelanjaan tertinggi yang dibuat oleh Ahli Kad untuk transaksi terpilih yang berkenaan.
-
Sekiranya Pemenang Hadiah Utama terdiri daripada individu bukan Islam, hadiah akan ditukarkan kepada baucar percutian bernilai RM25,000.00 dari Tabung Haji Travel & Services.
-
Pemenang Hadiah Bulanan akan dipilih berdasarkan kod transaksi tertinggi di dalam log transaksi harian yang disediakan oleh MasterCard Worldwide untuk setiap bulan dan sekiranya pemenang yang terpilih adalah individu bukan Islam hadiah alternatif lain akan diberikan. Sekiranya keputusan seri, pemenang akan ditentukan melalui perbelanjaan tertinggi yang dibuat oleh Ahli Kad untuk transaksi terpilih yang berkenaan.
-
Pemenang Hadiah Harian akan dipilih berdasarkan kod transaksi tertinggi di dalam log transaksi harian yang disediakan oleh MasterCard Worldwide. Sekiranya keputusan seri, pemenang akan ditentukan melalui perbelanjaan tertinggi yang dibuat oleh Ahli Kad untuk transaksi terpilih yang berkenaan. Hadiah Harian adalah senaskhah Al-Qur’an Rasm Uthmani dan Pena Digital Al-Qur’an (bacaan oleh Syeikh Saad Al-Ghamidi) dengan terjemahan Bahasa Malaysia. Sekiranya Pemenang Hadiah Harian terdiri daripada individu bukan Islam hadiah alternatif lain akan diberikan.
-
Pemenang Hadiah Utama akan menunaikan haji pada tahun 1431H tertakluk kepada kuota ataupun turutan giliran Ahli Kad dalam senarai daftar Tabung Haji. Hadiah ini boleh dipindahkan kepada ahli keluarga terdekat iaitu suami/isteri/ibubapa/mertua/anak.
-
Ahli Kad boleh memenangi 1 Hadiah Harian, 1 Hadiah Bulanan dan 1 Hadiah Utama sahaja sepanjang tempoh kempen berlangsung.
-
Bank Islam berhak untuk menggantikan mana-mana hadiah dengan hadiah yang sama nilai pada bila-bila masa tanpa sebarang notis.
-
Semua pemenang mungkin akan dijemput untuk menghadiri Majlis Penyampaian Hadiah atau acara publisiti di lokasi yang akan diberitahu kelak. Bank Islam mempunyai hak eksklusif untuk mencetak atau menyiarkan nama dan gambar pemenang untuk tujuan promosi. Pemenang bertanggungjawab terhadap segala perbelanjaan untuk menghadiri majlis tersebut.
-
Hadiah Bulanan dan Hadiah Harian akan dihantar kepada pemenang berdasarkan alamat (di Malaysia sahaja) yang terdapat pada rekod Pusat Kad Bank Islam (PKBI). Walaubagaimanapun, pemenang boleh mengambil sendiri hadiah di Pusat Kad Bank Islam.
-
Hadiah Bulanan dan Hadiah Harian yang ditawarkan adalah tertakluk kepada perubahan dan/atau peningkatan spesifikasi produk tanpa sebarang notis.
-
Pemilihan pemenang adalah mengikut budi bicara mutlak pihak Bank Islam dan dianggap muktamad.
-
Pihak Bank Islam tidak bertanggungjawab terhadap sebarang salah tafsir fakta, dan/atau kecederaan yang dialami dan/atau kehilangan nyawa dan/atau barang berharga yang berpunca daripada hadiah yang dimenangi menerusi kempen ini. Bank Islam juga tidak akan bertanggungjawab, sama ada secara langsung atau lanjutan terhadap sebarang kehilangan atau kerugian dan/atau apa sekalipun yang dialami oleh Ahli Kad, sama ada secara langsung atau tidak langsung, keseluruhan atau sebahagian disebabkan oleh penyertaan mereka dalam kempen ini dan/atau kesan dari sebarang tindakan di pihak Bank Islam.
-
Bank Islam tidak akan bertanggungjawab walau dalam apa keadaan sekalipun terhadap sebarang kegagalan teknikal, campur tangan manusia dan elektronik atau kesilapan manusia dalam pengurusan dan pemprosesan kempen ini.
-
Sebagaimana yang termaktub di dalam undang-undang, Bank Islam atau mana-mana pegawainya, pekerja, wakil dan/atau ejen (termasuk tanpa had, mana-mana pembekal perkhidmatan pihak ketiga yang berurusan untuk tujuan kempen ini) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerugian (termasuk tidak terhad kepada kehilangan pendapatan, keuntungan atau nama baik secara tidak langsung, sampingan, berturutan, teladan, punitif atau ganti rugi khas terhadap mana-mana pihak termasuk pihak ketiga) yang timbul sama ada dalam kontrak, ‘tort’ , kecuaian atau sebaliknya, sehubungan dengan kempen/hadiah, sekalipun Bank Islam telah dinasihatkan terlebih dahulu tentang kemungkinan ganti rugi yang dinyatakan, dan semua ganti rugi sedemikian adalah dikecualikan.
-
Dengan menyertai kempen ini, Ahli Kad dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju untuk terikat dengan Terma dan Syarat Rasmi yang terkandung di sini, termasuk keputusan yang dibuat oleh pihak Bank Islam yang dianggap muktamad, terikat dan menyeluruh.
-
Sebarang surat-menyurat, bantahan dan rayuan tidak akan dilayan. Bank Islam juga mempunyai hak eksklusif untuk menukar, meminda dan memotong atau menambah kandungan dalam Terma dan Syarat ini tanpa sebarang notis kepada Ahli Kad dan menjadi sah pada tarikh yang dimaklumkan oleh Bank Islam. Ahli Kad bersetuju untuk terikat dengan perubahan sedemikian.
-
Pihak Bank Islam berhak untuk membatalkan, menamatkan atau menggantung kempen ini tanpa sebarang notis. Untuk mengelakkan keraguan, pembatalan, penamatan atau penggantungan kempen ini oleh pihak Bank Islam tidak melayakkan Ahli Kad untuk membuat sebarang tuntutan atau pampasan terhadap pihak Bank Islam disebabkan sebarang kerugian atau ganti rugi yang ditanggung atau dialami oleh Ahli Kad disebabkan kesan langsung atau tidak langsung pembatalan, penamatan atau penggantungan ini.
-
Kandungan Terma dan Syarat ini adalah tambahan dan tanpa prejudis kepada Terma dan Syarat yang dinyatakan dalam Perjanjian Kad. Sekiranya berlaku pertikaian di antara Terma dan Syarat yang terkandung di sini dengan Terma dan Syarat dalam Perjanjian Kad, Terma dan Syarat ini akan digunapakai setakat yang berkaitan dengan Kempen ‘Sahutan Ke Tanah Suci’.
** Kini kembali dibuka untuk pendaftaran bagi sessi APRIL 2010.
** TERHAD kepada 50 penyertaan sahaja.
** Sila pastikan pihak tuan/puan membuat konfirmasi kekosongan tempat dengan pihak penganjur sebelum menjelaskan apa-apa pembayaran.
** Pihak penganjur tidak dapat menerima pendaftaran terus ditempat kursus (walk in) tanpa membuat pembayaran awal bagi tempahan penyertaan. Ini bagi mengelakkan berlakunya pertindihan tempat dengan peserta yang telah membuat tempahan awal.
** Penerimaan borang pendaftaran serta bukti pembayaran perlu disahkan oleh pihak penganjur sebelum menghadiri kursus.
** Hanya peserta yang menghantar/fax borang pendaftaran yang lengkap akan dihubungi oleh pihak penganjur untuk tujuan berikut:
1. mengesahkan penerimaan borang pendaftaran & bukti pembayaran.
2. mengesahkan kehadiran.
3. menyemak & mengemas kini data peserta.
** Sila berhubung kembali dengan pihak penganjur atau terus ke 0194749717 (sms/call) selewat-lewatnya 5 hari sebelum bermulanya kursus sekiranya pihak tuan/puan gagal dihubungi oleh pihak penganjur untuk membuat pengesahan diatas.
Sekian & terima kasih. Harap Maklum.
Bertempat di Dewan Amir Ramadhan, Jejawi, Perlis.
** Pembetulan: slip bukti pembayaran & borang pendaftaran difaxkan ke talian berikut: 04-4429171
Tarikh : 17hb March 2010 Jam : 8.30 Malam
Tempat : De Palma Ampang
Oleh : Tuan Haji Ismail Bin Haji Ahmad (Pengarah Urusan HPA)
Aktiviti:
Pelancaran Album Baru Kumpulan HPA Raihan ” Musafir Perjuangan” Dan “Selawaterapy” serta 2 jenis Aroma terapi HPA Raihan….
Datang Ramai-ramai insyallah akan diadakan persembahan Kumpulan HPA Raihan dari album barunya
Hotel El-Zahraa telah beroperasi secara rasminya.tepat jam 11.00 pg td Hotel El-Zahraa telah di rasmikan oleh Pengarah Urusan HPA, Tuan Hj Ismail b Ahmad.Sebelum itu diadakan bacaan Yasin dan Al-Mathurat dan disusuri dengan solat dhuha di Dewan Hotel.Hotel El-Zahraa merupakan sebuah hotel bajet bercirikan Islamik yang berkonsepkan Timur Tengah.El-Zahraa juga menyediakan kemudahan yang diperlukan oleh umat Islam seperti sejadah di dalam bilik, laungan azan serta bacaan ayat suci Al-Quran.
Hotel El-Zahraa juga dirangkaikan dengan penginapan secara Homestay sebagai penginapan alternatif bagi menampung keperluan sekiranya hotel penuh. Penginapan ini disediakan di Jawi Homestay, di Bandar Laguna Merbok.Hotel ini juga menyediakan sejumlah 29 bilik untuk dinikmati oleh oleh para pelanggan. Bilik Superior (single) sesuai bagi pelanggan yang memerlukan ruang tidur dan rehat yang ekonomi. Manakala bilik superior (Double) bagi pelanggan yang berpasangan. Bagi mereka yang berkeluarga boleh memilih bilik jenis Deluxe manakala bagi pelanggan yang mementingkan keselesaan dan ketenangan bolehla memilih Executive yang dihiasi fabrik serta hiasan dalaman serba mewah.
Kemudahan dalam bilik
1. Bilik berhawa dingin
2. LCD TV
3. Siaran Astro
4. Wifi
5. Telefon
6. Bar mini / Peti sejuk
7. Cerek
8. Air panas/ sejuk
9. Seterika / papan
10. Sejadah, Al-Quran dan arah kibalat
11. Produk HPA
12. Bantal dan selimut tambahan
13. Kain batik dan kain pelikat
HARGA Penginapan:
SUPERIOR SINGLE : RM90.00
SUPERIROR DOUBLE : RM100.00
DELUXE ROOM : RM120.00
EXECUTIVE ROOM : RM150.00
Terletak di tengah kepesatan pertumbuhan bandar Sungai Petani bahagian Utara, iaitu di Lagenda Height, Hotel El-Zahraa boleh dikunjungi dari plaza tol Sungai Petani utara oleh pelanggan yang menggunakan lebuhraya utara-selatan.Hotel ini juga dikelililngi oleh rangkaian perniagaan HPA yang lain seperti Restoran Radix Fried Chicken, ROR, ROC dan Radix Bakery House.
Untuk keterangan lanjut dan tempahan, sila hubungi:
Tel : 04-4259144/150
Fax: 04-4259131
Email: elzahraa_inn@yahoo.com
http://www.hpa.com.my/elzahraa
Ucapan PU semasa Perlancaran Ais Krim Toiyibah
Kita mengharapkan peniagaan aiskrim akan menjadi satu peluang lagi pada ahli-ahli untuk berniaga produk halal.Walaupun perniagaan aiskrim nampak seperti peniagaan anak-anak namun disegi pemasarannya peniagaan ini juga menguasai market jutaan ringgit. Amin.
PRODUK AISKRIM TOYYIBAH
PERISA KELADI
PERISA KOPI RADIX
PERISA KOKO RADIX
PERISA VANILA
PERISA JAGUNG
PERISA VANILLA & KOPI RIPPLE
PERISA KOKO & KOKO RIPPLE
PERISA VANILLA & ROSELLE RIPPLE
500 ml
Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 5
Sabah & Sarawak: -
Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 4
Sabah & Sarawak: -
1.5 liter
Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 10
Sabah & Sarawak: -
Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 8
Sabah & Sarawak: -
Formulasi khas herba terbaik untuk wanita. Ia mengandungi:
Manjakani:
• Mengatasi masalah hormone yang tidak seimbang (seksual, reproduktif, berat badan, keletihan dan kemurungan)
• Mengurangkan risiko penyakit kronik (kanser, jantung, darah dll)
• Kandungan bahan aktif tannin dapat mengetatkan otot vagina dan membaiki tisu rosak akibat penuaan.
• Bahan aktif astringen mencegah jangkitan kulat serta bakteria penyebab keputihan dan gatal pada alat sulit.
Noni:
• Kawal tekanan darah
• Kawal kandunagn gula.
• Merencat pembentukan sel kanser.
Roselle:
• Menurunkan kadar kolesterol dalam darah.
• Melambatkan proses penuaan dan mencegah kanser
Madu:
• Memberi tenaga dan agen pemangkin haba.
Harga Pengguna:
Semenanjung Malaysia : RM 42
Sabah & Sarawak : RM 44
Harga Pengedar HPA:
Semenanjung Malaysia : RM 38
Sabah & Sarawak : RM 40