Herba Penawar Al-Wahida

Sahutan Ke Tanah Suci Campaign



Terma dan Syarat – ‘Sahutan Ke Tanah Suci’

  1. Kempen ini bermula dari 1 Februari hingga 30 September 2010.

  2. Kempen ini terbuka kepada semua Ahli Kad MasterCard Bank Islam yang baru dan sedia ada (Ahli Kad Utama dan Ahli Kad Tambahan) yang bermastautin di Malaysia, kecuali pekerja Bank Islam, agensi pengiklanan, ahli keluarga terdekat atau organisasi/individu yang mempunyai kaitan dengan kempen ini.

  3. Akaun Kad Bank Islam mestilah berada dalam keadaan terkini dan semasa untuk layak mengambil bahagian dan memenangi hadiah yang ditawarkan.

  4. Hanya transaksi berjumlah RM50.00 (pembelian runcit) dan ke atas yang layak untuk diambil kira.

  5. Semua transaksi akan dipantau oleh sistem secara automatik. Penyertaan melalui borang, SMS, tandatangan kreatif/slogan dan sebagainya tidak diperlukan.

  6. Pemenang Hadiah Utama iaitu Pakej Haji, akan ditentukan berdasarkan kod transaksi tertinggi di dalam log transaksi harian yang disediakan oleh MasterCard Worldwide untuk sepanjang tempoh kempen (8 bulan) dan nama-nama pemenang akan diumumkan pada bulan Oktober 2010. Sekiranya keputusan seri, pemenang akan ditentukan melalui perbelanjaan tertinggi yang dibuat oleh Ahli Kad untuk transaksi terpilih yang berkenaan.

  7. Sekiranya Pemenang Hadiah Utama terdiri daripada individu bukan Islam, hadiah akan ditukarkan kepada baucar percutian bernilai RM25,000.00 dari Tabung Haji Travel & Services.

  8. Pemenang Hadiah Bulanan akan dipilih berdasarkan kod transaksi tertinggi di dalam log transaksi harian yang disediakan oleh MasterCard Worldwide untuk setiap bulan dan sekiranya pemenang yang terpilih adalah individu bukan Islam hadiah alternatif lain akan diberikan. Sekiranya keputusan seri, pemenang akan ditentukan melalui perbelanjaan tertinggi yang dibuat oleh Ahli Kad untuk transaksi terpilih yang berkenaan.

  9. Pemenang Hadiah Harian akan dipilih berdasarkan kod transaksi tertinggi di dalam log transaksi harian yang disediakan oleh MasterCard Worldwide. Sekiranya keputusan seri, pemenang akan ditentukan melalui perbelanjaan tertinggi yang dibuat oleh Ahli Kad untuk transaksi terpilih yang berkenaan. Hadiah Harian adalah senaskhah Al-Qur’an Rasm Uthmani dan Pena Digital Al-Qur’an (bacaan oleh Syeikh Saad Al-Ghamidi) dengan terjemahan Bahasa Malaysia. Sekiranya Pemenang Hadiah Harian terdiri daripada individu bukan Islam hadiah alternatif lain akan diberikan.

  10. Pemenang Hadiah Utama akan menunaikan haji pada tahun 1431H tertakluk kepada kuota ataupun turutan giliran Ahli Kad dalam senarai daftar Tabung Haji. Hadiah ini boleh dipindahkan kepada ahli keluarga terdekat iaitu suami/isteri/ibubapa/mertua/anak.

  11. Ahli Kad boleh memenangi 1 Hadiah Harian, 1 Hadiah Bulanan dan 1 Hadiah Utama sahaja sepanjang tempoh kempen berlangsung.

  12. Bank Islam berhak untuk menggantikan mana-mana hadiah dengan hadiah yang sama nilai pada bila-bila masa tanpa sebarang notis.

  13. Semua pemenang mungkin akan dijemput untuk menghadiri Majlis Penyampaian Hadiah atau acara publisiti di lokasi yang akan diberitahu kelak. Bank Islam mempunyai hak eksklusif untuk mencetak atau menyiarkan nama dan gambar pemenang untuk tujuan promosi. Pemenang bertanggungjawab terhadap segala perbelanjaan untuk menghadiri majlis tersebut.

  14. Hadiah Bulanan dan Hadiah Harian akan dihantar kepada pemenang berdasarkan alamat (di Malaysia sahaja) yang terdapat pada rekod Pusat Kad Bank Islam (PKBI). Walaubagaimanapun, pemenang boleh mengambil sendiri hadiah di Pusat Kad Bank Islam.

  15. Hadiah Bulanan dan Hadiah Harian yang ditawarkan adalah tertakluk kepada perubahan dan/atau peningkatan spesifikasi produk tanpa sebarang notis.

  16. Pemilihan pemenang adalah mengikut budi bicara mutlak pihak Bank Islam dan dianggap muktamad.

  17. Pihak Bank Islam tidak bertanggungjawab terhadap sebarang salah tafsir fakta, dan/atau kecederaan yang dialami dan/atau kehilangan nyawa dan/atau barang berharga yang berpunca daripada hadiah yang dimenangi menerusi kempen ini. Bank Islam juga tidak akan bertanggungjawab, sama ada secara langsung atau lanjutan terhadap sebarang kehilangan atau kerugian dan/atau apa sekalipun yang dialami oleh Ahli Kad, sama ada secara langsung atau tidak langsung, keseluruhan atau sebahagian disebabkan oleh penyertaan mereka dalam kempen ini dan/atau kesan dari sebarang tindakan di pihak Bank Islam.

  18. Bank Islam tidak akan bertanggungjawab walau dalam apa keadaan sekalipun terhadap sebarang kegagalan teknikal, campur tangan manusia dan elektronik atau kesilapan manusia dalam pengurusan dan pemprosesan kempen ini.

  19. Sebagaimana yang termaktub di dalam undang-undang, Bank Islam atau mana-mana pegawainya, pekerja, wakil dan/atau ejen (termasuk tanpa had, mana-mana pembekal perkhidmatan pihak ketiga yang berurusan untuk tujuan kempen ini) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerugian (termasuk tidak terhad kepada kehilangan pendapatan, keuntungan atau nama baik secara tidak langsung, sampingan, berturutan, teladan, punitif atau ganti rugi khas terhadap mana-mana pihak termasuk pihak ketiga) yang timbul sama ada dalam kontrak, ‘tort’ , kecuaian atau sebaliknya, sehubungan dengan kempen/hadiah, sekalipun Bank Islam telah dinasihatkan terlebih dahulu tentang kemungkinan ganti rugi yang dinyatakan, dan semua ganti rugi sedemikian adalah dikecualikan.

  20. Dengan menyertai kempen ini, Ahli Kad dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju untuk terikat dengan Terma dan Syarat Rasmi yang terkandung di sini, termasuk keputusan yang dibuat oleh pihak Bank Islam yang dianggap muktamad, terikat dan menyeluruh.

  21. Sebarang surat-menyurat, bantahan dan rayuan tidak akan dilayan. Bank Islam juga mempunyai hak eksklusif untuk menukar, meminda dan memotong atau menambah kandungan dalam Terma dan Syarat ini tanpa sebarang notis kepada Ahli Kad dan menjadi sah pada tarikh yang dimaklumkan oleh Bank Islam. Ahli Kad bersetuju untuk terikat dengan perubahan sedemikian.

  22. Pihak Bank Islam berhak untuk membatalkan, menamatkan atau menggantung kempen ini tanpa sebarang notis. Untuk mengelakkan keraguan, pembatalan, penamatan atau penggantungan kempen ini oleh pihak Bank Islam tidak melayakkan Ahli Kad untuk membuat sebarang tuntutan atau pampasan terhadap pihak Bank Islam disebabkan sebarang kerugian atau ganti rugi yang ditanggung atau dialami oleh Ahli Kad disebabkan kesan langsung atau tidak langsung pembatalan, penamatan atau penggantungan ini.

  23. Kandungan Terma dan Syarat ini adalah tambahan dan tanpa prejudis kepada Terma dan Syarat yang dinyatakan dalam Perjanjian Kad. Sekiranya berlaku pertikaian di antara Terma dan Syarat yang terkandung di sini dengan Terma dan Syarat dalam Perjanjian Kad, Terma dan Syarat ini akan digunapakai setakat yang berkaitan dengan Kempen ‘Sahutan Ke Tanah Suci’.

Category:  
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response.
0 Responses
Leave a Reply

Fast2ureload- Topup Kredit Serendah RM3.00 serendah RM3

Related Posts with Thumbnails