Herba Penawar Al-Wahida

Showing posts with label KOWAHIDA. Show all posts

KOWAHIDA SERAH ZAKAT RM250K KEPADA PERKIM Kelantan

serah zakat2Koperasi Wahida HPA Berhad (KOWAHIDA) telah menyerahkan sumbangan zakatnya bagi tahun 2007 dan 2008 berjumlah RM250,000.00 kepada PERKIM Negeri Kelantan pada 30 Disember 2009. Sumbangan disampaikan oleh Pengerusi (KOWAHIDA) Mohd Faisol Abd Rahman kepada Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Maat di Pejabatnya di Kota Bharu.

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah 14 Ahli Lembaga (KOWAHIDA) . Pihak PERKIM Kelantan diwakili oleh Pengerusinya YB Dato Nik Amar dan Tuan Haji Apandi. Majlis yang berlangsung dalam suasana penuh mesra dan kekeluargaan itu berjaya melonjakkan nama HPA di Negeri Kelantan. Menteri Besar, Tuan Guru Nik Aziz dimaklumkan juga bahawa HPA akan membuka RCH di Kota Bharu Parade (berhadapan Pasar Siti Khadijah).serah zakat

YB Tuan Guru Menteri Besar amat kagum dan terharu dengan pencapaian HPA dan berharap HPA akan terus berkembang maju. Tuan Guru berjanji akan merasmikan RCH di Kota Bharu apabila tiba masanya nanti.

PELABURAN KOPERASI WAHIDA (KOWAHIDA)

Bermula 1 Januari 2010, pelaburan saham KOWAHIDA telah DIBUKA SEMULA. Pelaburan boleh dibuat dengan membuat pindahan wang anda secara online ke akaun bank KOWAHIDA dan menyerahkan slip bank tersebut kepada mana-mana Cawangan HPA terdekat.

Pelaburan MINIMA ialah RM 200.00 dan MAKSIMUM RM 100,000.00 sahaja.

AKAUN BANK KOWAHIDA
Berikut adalah nombor-nombor akaun KOWAHIDA bagi memudahkan anggota KOWAHIDA melakukan transaksi ONLINE samada untuk langganan syer baru atau tambahan;

1-BANK ISLAM:
090 100 100 463 16

2-CIMB ISLAMIC:
090 100 001 101 08

3-MAYBANK ISLAMIC:
559 012 306 051

TANYA KOWAHIDA
Untuk sebarang pertanyaan berkenaan Koperasi Wahida HPA Berhad

Sila hubungi:
Tel:04-9773813/14 (pej);
Fax:04-9773812; atau
Emel kpd:
kowahida@yahoo.com , atau
copwahida@gmail.com

Fast2ureload- Topup Kredit Serendah RM3.00 serendah RM3

Related Posts with Thumbnails