Herba Penawar Al-Wahida

Showing posts with label kelebihan HPA. Show all posts

KOWAHIDA SERAH ZAKAT RM250K KEPADA PERKIM Kelantan

serah zakat2Koperasi Wahida HPA Berhad (KOWAHIDA) telah menyerahkan sumbangan zakatnya bagi tahun 2007 dan 2008 berjumlah RM250,000.00 kepada PERKIM Negeri Kelantan pada 30 Disember 2009. Sumbangan disampaikan oleh Pengerusi (KOWAHIDA) Mohd Faisol Abd Rahman kepada Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Maat di Pejabatnya di Kota Bharu.

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah 14 Ahli Lembaga (KOWAHIDA) . Pihak PERKIM Kelantan diwakili oleh Pengerusinya YB Dato Nik Amar dan Tuan Haji Apandi. Majlis yang berlangsung dalam suasana penuh mesra dan kekeluargaan itu berjaya melonjakkan nama HPA di Negeri Kelantan. Menteri Besar, Tuan Guru Nik Aziz dimaklumkan juga bahawa HPA akan membuka RCH di Kota Bharu Parade (berhadapan Pasar Siti Khadijah).serah zakat

YB Tuan Guru Menteri Besar amat kagum dan terharu dengan pencapaian HPA dan berharap HPA akan terus berkembang maju. Tuan Guru berjanji akan merasmikan RCH di Kota Bharu apabila tiba masanya nanti.

Kelebihan & Keistimewaan Hpa

1.Keahlian HPA hanya RM30 seumur hidup.
2.Ahli mendapat diskaun 20-25% untuk semua produk.
3.Belian minima hanya 50 Nilai Mata (NM) setiap bulan untuk layak mendapat bonus.
4.Kepelbagaian jenis produk (kesihatan, harian, makanan, minuman, kosmetik dll)
5.Produk berteraskan harga ihsan, murah dan mudah dipasarkan.
6.Program ‘Perkongsian Bijak Cemerlang’ (PBC) untuk melahirkan usahawan cemerlang dengan pendapatan 5 angka.
7.Program ‘Perkongsian Ilmu Cemerlang’ (PIC) & Sijil Herbalis untuk menjadi perawat dan herbalis.
8.Peluang mempelajari ilmu perawatan seperti bekam, akupunktur, refleksologi, kiropraktik, ilmu diagnos penyakit melalui tapak tangan, iridologi (anak mata), lidah dan denyutan nadi.
9.Ribuan stokis dan ratusan cawangan HPA di seluruh Malaysia.
10.Tawaran 11 jenis ganjaran bonus lumayan melalui pelan pemasaran yang begitu mudah, adil dan sukses. Tiada penurunan pangkat dan peratusan bonus serta tiada group sales maintain!
11.Ahli boleh melabur dalam Koperasi HPA untuk mendapatkan keuntungan.
12.HPA mengiklankan produknya seperti Kopi Radix, Radix Cola, Sarsi, Cereal di TV3, TV9, akhbar harian, pengangkutan awam dan di papan-papan iklan.
13.HPA mengeluarkan banyak produk kesihatan yang tentunya amat bermanfaat jika diamalkan oleh semua. Sebagai pengamal produk kesihatan HPA, insyaAllah anda akan mendapati tahap kesihatan anda menjadi semakin baik.
14.Ahli akan mendapat NM dengan berbelanja di Restoran Radix Fried Chicken (RFC), Restoran Radix Oriental Cuisine (ROC), Restoran Radix Organic Recipe (ROR), menggunakan perkhidmatan Dobi Toharah dan menginap di Hotel HPA.
15.Setiap bulan HPA akan menginfakkan sebahagian keuntungan kepada pertubuhan kebajikan, maahad tahfiz dan rumah anak yatim.
16.Penerapan amalan Islam dalam pekerjaan seperti semua pekerja diwajibkan berwudhuk, menutup aurat, membaca Al-Ma’thurat dan solat sunat dhuha sebelum memulakan kerja.

Fast2ureload- Topup Kredit Serendah RM3.00 serendah RM3

Related Posts with Thumbnails