Herba Penawar Al-Wahida

Kes Khalwat Bukan Jutawan Kopi HPA

ALOR STAR: Tangkapan khalwat membabitkan seorang pegawai tinggi syarikat jualan pelbagai peringkat (MLM) bergelar jutawan di Kluang, Johor, awal pagi kelmarin, tidak membabitkan pegawai daripada HPA Industries Sdn Bhd (HPA) atau anak syarikatnya.

Pengurus Besar Al-Wahida Marketing Sdn Bhd (AWM) yang juga anak syarikat kepada HPA yang bertanggungjawab terhadap pemasaran produk syarikat itu, Mohd Faisol Abdul Rahman berkata, terlalu banyak mesej dan panggilan diterima pengurusan HPA berkaitan laporan berkenaan.
“Ini kerana ia membabitkan syarikat MLM berteraskan kopi dan HPA memang terkenal dengan kopi Radix.
“Bagaimanapun, kami sudah mendapat pengesahan kes yang dilaporkan membabitkan pegawai syarikat lain bukannya HPA.
“Sehubungan itu, kita berharap tidak ada pihak yang cuba menggunakan laporan itu untuk mengait, sekali gus memfitnah HPA,” katanya.

Akhbar ini semalam melaporkan pegawai atasan sebuah syarikat MLM yang mengedar minuman kopi penjana tenaga bertaraf jutawan, memberi alasan kononnya dia berbincang hal perniagaan dengan seorang kakitangan wanita dalam gelap apabila dicekup berkhalwat dalam bilik sebuah hotel di Simpang Renggam dekat Kluang, awal pagi semalam.

SUMBER:http://www.hmetro.com.my/articles/BukanjutawankopiHPA/Article/

Category:  
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response.
0 Responses
Leave a Reply

Related Posts with Thumbnails