Herba Penawar Al-Wahida

Akaun Maybank bermasalah -Account is not authorised. Reject code: [0076]

Dalam dunia perniagaan Perbankkan amat penting dalam menentukan sesebuah syarikat itu dapat terus beroperasi dengan sebaik-baik nyer untuk itu saya ada terjumpa satu masalah yang berlaku...Nak tahu apa dia teruskan membaca..

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

Dah masuk 3 hari(bermula 2 hb -4 hb 2010) akaun akaun Maybank yang digunakan untuk tambah modal Ns2 Network bermasalah.Masalah yang sama sebelum daripada ini.

Status: Unsuccessful -Account is not authorised. Reject code: [0076].

mbbkantoi

Setiap kali nak transfer duit, dia akan jadi macam tu..kebiasaannya masalah ni akan berlarutan sehingga 3 hari.lepas 3 hari dia akan ok.

Apabila terjadi kes sebegini, saya akan guna akaun Maybank alternatif.Malangnya akaun alternatif pun mengalami masalah yang sama pada hari ke 2.wooww..fening-fening….nampaknya kami terpaksa bukak lagi satu akaun Maybank sebagai alternatif yang ke 3.Insya-Allah kami akan bukak akaun semasa pulak.
Pada pagi tadi(hari ke 3) saya cuba call Customer Service maybank -1-300 88 6688- untuk mendapatkan penjelasan.Saya beritahu apa masalah yang berlaku dan secara ringkasnya jawapan pihak bank yang diberi pada saya ialah

1-Saya tanya kenapa boleh berlaku seperti perkara macam ni -Status: Unsuccessful -Account is not authorised. Reject code: [0076]. Pihak bank tadi jawab biasanya ada 2 sebab bila keluar reject code 0076.

a)-Kita transfer duit melebihi duit yang ada iaitu baki duit tidak mencukupi.contohnya duit kat dalam akaun ada RM1000 sahaja lepas tu kita transfer RM1500.So mungkin dia akan block terus.Untuk transaksi selepasnya akan gagal dan akan jadi seperti masalah ni.

b)-ada kaitan dengan kad kredit.yang ni saya tak ada kaitan

2-saya tanya lagi adakah betul orang kata sebab terjadi Status: Unsuccessful -Account is not authorised. Reject code: [0076].ialah kerana transaksi akaun bank terlalu aktif.Maka pihak bank pun jawab ianya tidak ada kaitan.Cumanya kalau akaun bank tak aktif selama setahun memang tak boleh guna.

Apa kesan dan risikonya apabila terjadi masalah sebegini?

1-Kesannya kita tak boleh nak trasnfer duit kepada pihak lain melalui maybank2u dan juga melalui ATM.melalui kaunter saya tak pasti

2-Orang lain pun tak boleh nak trasnfer ke akaun kita samada melalui maybank2u dan juga melalui ATM.

3-Aset duit anda akan beku di situ.Kita hanya boleh login and just tengok jer duit dalam akaun tu.Nak usik tak boleh.Biasanya masalah ini akan berlarutan 3 hari (mengikut pengalaman saya sendiri.lepas tu dia akan ok)

4-Biz online anda akan ‘kantoi’ jika tidak ada akaun alternatif yang lain seperti akaun ke Maybank,CIMB,BIMB, dll.

5-Yang lain anda boleh fikir sendiri natijahnya.

Solusinya bagaimana?

1-Anda pergi berjumpa pihak Maybank yang berdekatan dan ceritakan masalah ni.Pengalaman saya sebelum ni , pihak bank akan jawab “akaun Encik tak ada masalah”.So, kalau nak cuba dan tahu jawapannya,anda boleh pergi jumpa sendiri.

2-kena ada akaun kedua atau alternatif , samada bukak akaun Maybank satu lagi,aatau gunakan akaun bank yang lain seperti bank Islam,CIMB, bank rakyat, Public bank dsb

3-Biarkan selama 3 -4 hari berlalu….yang ni leceh..

ok ..itu jer

itu sahaja..jadi KESIMPULAN NYER BAGI MEREKA YANG MENJALANKAN URUSAN PERNIAGAAN HARUS MEMPUNYAI BEBERAPA AKAUN BANK AGAR PEMASALAHAN SEPERTI DI ATAS DAPAT DI ELAKAN.

SEKIAN WASALAM,,,,,,

SUMBER DARI :http://ns2network.com/

 
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response.
0 Responses
Leave a Reply

Related Posts with Thumbnails