Herba Penawar Al-Wahida

RADIX FRIED CHICKEN (RFC) DI Mydin Mall Melaka





Kebanggaan ahli-ahli HPA seluruh Malaysia, khususnya di Melaka apabila RFC yang pertama di dalam mall iaitu MYDIN Ayer Keroh Melaka telah dirasmikan oleh Pengarah Urusan, Tn. Hj. Ismail Ahmad pada 24 Disember 2009 jam 10 pagi.RFC di mYdin Mall ini merupakan yang Ke-5 selepas RFC Kluang.

Terletak di tingkat satu yang bersebelahan surau dan 'escalator' menjadikan RFC berlokasi strategik. Menjadi tumpuan ramai sejak jam 9 .30 pagi lagi, pemimpin dan ahli HPA dari Utara, Selatan dan Tengah sekitar 300 orang sama-sama meraikan majlis gilang gemilang tersebut.

Antara pemimpin yang turut hadir adalah PJM Hafidzan, PJM Rosmandi, PJM Siti Habibah, PJS Hj. Marjuni, PJS Rahmat, PJS Roslina, PJS Fatin, PJS Siti Rahmah, PJS Rosjulila, PJS Shafie, PJS Zahirah, PJS Nasimah, PJS Fadhilah dan PJS Fauziah.Tetamu VIP yang hadir adalah Pengarah Urusan 2, Tn. Hj. Fisal, Pengurus Besar RFC, Ust Ahmad Adnan Fadzil, PJI Hjh Norhayati Yunus (pelabur), Pn. Famieza, Pn. Siti Hazliana dan Pn. Zaimah.

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response.
0 Responses
Leave a Reply

Related Posts with Thumbnails